JADUAL PENERBANGAN
HARI | DARI / KE | FLT | ETD | ETA |
13 APR | KUL / BAH | GF 281 | 1130 | 1245 |
14 APR | BAH / JED | GF 171 | 1215 | 1435 |
24 APR | JED / BAH | GF 172 | 1550 | 1800 |
24 APR | BAH / KUL | GF 280 | 2025 | 0915 + 1 |
GULF AIR |
13 HARI / 10 MALAM |
HARI BERTOLAK : SABTU |
HARI PULANG : KHAMIS |
HARGA PAKEJ : RM 5,270.00 |
KANAK-KANAK (2-12 TAHUN) : 80% DARI HARGA DEWASA |
· Harga adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis
HARGA PAKEJ TERMASUK :
ü Tiket penerbangan KUL/BAH/JED/BAH/KUL
ü Cukai lapangan terbang
ü Penginapan, Pengangkutan dan Makan
di Bahrain, Makkah dan Madinah
ü Umrah 3 kali percuma
CENDERAMATA DARI KRS TRAVEL :
ü Beg besar / Beg kecil / Ihram / Telekung
ü Buku Panduan / Uncang kasut / Luggage Tag
ü Air zam-zam (10liter)
ü Kursus umrah seperti yang ditetapkan pihak syarikat
HOTEL MADINAH : MANAZEL MUHAJIRIN @ Setaraf 100 meter dari Masjid Nabawi HOTEL MAKKAH : SAFOA TAAMIZ @ Setaraf 400 meter dari Masjidil Haram |
Wakil di MAKKAH : HJ. MUSTAFA JAAKAN Tel : 009665 04530097 Wakil di MADINAH : HJ. MUJID Tel : 009665 02656370 |
Nota : -
1. Harga berdasarkan bilik berempat / berlima. 2. Harga dan tempat penginapan tertakluk kepada perubahan semasa. 3. Tambahan RM 400 seorang untuk bilik berdua. 4. Tambahan RM 300 seorang untuk bilik bertiga. 5. Tambahan RM 100/hari seorang bagi penambahan hari. |
ATUCARA PAKEJ
HARI 01-03 : (13-15 Apr 2010)
KUL / BAHRAIN / JEDDAH / MEDINAH
Jemaah akan berlepas dari KLIA ke Bahrain jam 11.30 pagi. Tiba di Bahrain jam 12.45 tengahari (waktu Bahrain) – bermalam di Bahrain.
HARI KE 02 - Jam 12.15 tengahari jemaah bersiap sedia untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah. Jemaah tiba di Jeddah jam 2.35 tenghari (waktu Jeddah). Setelah selesai urusan di lapangan terbang Jeddah, jemaah dibawa ke Madinah. Tiba di hotel – check in – berehat.
HARI KE 03 Selepas menikmati sarapan pagi - Menziarahi Makam Rasulullah SAW dan Perkuburan Baqi’ – rehat - bebas
HARI 04 : (16 Apr 2010)
MEDINAH / ZIARAH / BEBAS
Selepas menikmati sarapan pagi - jemaah dibawa menziarahi Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Pasar Kurma.
Rehat – bebas.
HARI 05 : (17 Apr 2010)
MEDINAH / MAKKAH / BEBAS
Jemaah diminta melakukan ziarah wida’ – bersedia untuk berangkat ke Makkah. Berihram di Bir Ali. Tiba di Makkah – check in hotel – berehat. Mengerjakan umrah – acara bebas.
HARI 06-07 : (18-19 Apr 2010)
MAKKAH / ZIARAH / BEBAS
Ziarah Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Mudzalifah,Mina & Jaaranah (di Jaaranah jemaah boleh berniat ihram – mengerjakan umrah).
HARI KE 07 – acara bebas – jemaah digalakkan beribadah secara berkumpulan.
HARI 08 : (20 Apr 2010)
MAKKAH / HUDAIBIYAH / BEBAS
Lawatan ke Hudaibiyah – Miqat ke 3. Melawat ke ladang unta, kilang kelambu kaabah ( tertakluk kepada kebenaran. Acara bebas
HARI 09-11 : (21-23 Apr 2010)
MAKKAH / BEBAS
Acara bebas – jemaah dinasihatkan beribadah secara berkumpulan atau mengikut mahram masing – masing.
HARI 12 – 13 : (24-25 Apr 2010)
MAKKAH / JEDDAH / KUL
Pada HARI KE 12, jemaah diminta melakukan Tawaf Wida’. Kemudian jemaah dibawa melawat sekitar Jeddah (Insyaallah ke Masjid Terapung), sementara menanti waktu berangkat ke Bahrain pada jam 3.50 petang. Tiba di Bahrain jam 6.00 petang – transit di Bahrain. Jam 8.25 malam jemaah berangkat ke KLIA. Insyaallah jemaah akan tiba di KLIA pada 25hb Apr 2010 jam 9.15 pagi pada HARI KE 13 (25 Apr 2010).
• Atucara adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis
PERINGATAN!!!
Jemaah adalah dinasihatkan berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas di aras 5
No comments:
Post a Comment